About Me

My photo
Aku bukan doktor cinta, apa lagi dewa cinta, tapi aku srikandi cinta yang memburu menjadi alunan dalam indahya zikir cinta

Monday, November 12

Janakan pendapatan dari blog anda


Hola hola!! Apa khabar semua? Seperti biasa mulakan hari anda dengan memanjat syukur kepada Maha Pencipta. Then,,, SMILE J. Andai kita masih mampu tersenyum ketika ini, bermakna kita masih lagi diberi peluang untuk menjadi lebih baik dari semlam dan seterusnya. Tepat 9.30 pagi Laila dah menghadap televisyen menunggu telenovella Marimar. Biasalah, offday mode. Menu pagi ini, secawan milo panas, roti bakar, bijirin coco crunch dan pastinya sebuah laptop. Hehe.

Ketika asyik menyemak email-email yang masuk, tiba-tiba Laila teringat semula ketika pertama kali Laila menaip “How to make a blog?” Memang motif utama ketika itu semata-mata nak cari tempat melepas perasaan. Lagipun Laila suka menulis, jadi sambil menyelam minum airlah. Tapi setakat itu sahajakah fungsi blog ini? Jadi hari ini Laila nak kongsikan satu ebook percuma yang Laila rasa mungkin dapat membantu ramai kawan-kawan di luar sana untuk menjadikan blog sebagai satu aset penting bagi anda. 

Laila tak nafikan jika kita kurang terdedah dengan dunia maya seperti blog ini, memang agak sukar untuk memulakannya. Tambahan pula ketika itu fenomena blog ini belum cukup popular di kalangan masyarakat berbanding tagged, facebook ataupun friendster  pada ketika itu. Maklumat yang ada juga agak terhad. Tetapi jika hendak dibandinngkan dengan realiti hari ini, ia bukan satu laman asing tambahan ianya percuma. Hak di tangan anda. Terpulang kepada anda apakah konsep dan topik yang anda inginkan selagi tidak menyalahi undang-undang.

Membuang masa? Kepada sesiapa yang pernah terfikir soalan ini, buang ia sejauh mungkin. Ramai yang belum sedar bagaimana blog mampu menjana pendapatan yang menarik. Walaupun hanya suka-suka, lebih bajik jika dalam masa yang sama ada duit poket yang masuk bukan? Dan pada yang serius, mungkin ebook 5 quick ways to monetize your blog ini medan terbaik untuk anda memulakan perniagaan terutama bisnes secara online.

Sebenarnya, cepat atau lambat wang yang dapat anda jana dari blog ini bukan bergantung kepada berapa banyak wang yang telah anda laburkan, atau berapa lama masa yang anda perlukan untuk menyiapkan blog anda. Tapi bergantung kepada teknik dan cara anda menggunakan peluang yang ada. Jika anda masih belum dapat apa yang anda harapkan, mungkin ebook ini mampu membantu. Dan memang ia sangat membantu.

Kenapa Laila yakin? Sebab Laila dah baca dan gunakan sendiri. Laila sentiasa tertanya-tanya bagaimana hanya melalui blog ramai orang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Tetapi lepas membaca ebook ini cukup membantu Laila mencari jalan yang lebih mudah memaksimakan kelebihan blog ini. Dan semenjak itu Laila menjadi mengikut setia setiap ebook yang dihasilkan oleh conankei ini.

Laila tak bermaksud untuk mempromosikan produk ini. Tetapi hanya berkongsi sesuatu yang Laila rasakan dapat membantu ramai orang. Dan percaya atau tidak, produk ini PERCUMA. Tiada sebarang cas tersembunyi yang dikenakan. Jadi tiada salahnya anda meluangkan sedikit masa untuk membacanya. Atau mungkin anda juga boleh kongsikan produk ini kepada kawan-kawan anda yang anda sayang. Walaupun dalm bentuk bahasa inggeris, tetapi masih mudah difahami menjadikannya sesuai untuk setiap golongan. Apa tunggu lagi, dapatkan satu salinan untuk panduan anda juga. jom, sama-sama kita jana pendapatan dari blog kita sendiri. 



4 comments:

  1. adik saya sendiri buat duit dari blog dgn banyak.. bagga dgn dia.. sbb tu semangat nak blogging semakin berkobar2.. hehe
    [link blog saya kat sini]

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnk for the comment,, itulah,,, ramai yang xtaw teknik sebenar n bebefit dr blog ni,,, so sama2 kita share,,, keep follow me k,,

      Delete
  2. Replies
    1. download je,,, pas2 baca,,, nt paham ler,,, ko just share sudah la,,, budak kecik xbaik pegg duit bnyak2,,,

      Delete