Hola hola!! Apa khabar semua? Seperti biasa mulakan
hari anda dengan memanjat syukur kepada Maha Pencipta. Then,,, SMILE J. Andai kita masih
mampu tersenyum ketika ini, bermakna kita masih lagi diberi peluang
untuk menjadi lebih baik dari semlam dan seterusnya. Tepat 9.30 pagi Laila dah menghadap televisyen menunggu
telenovella Marimar. Biasalah, offday
mode. Menu pagi ini, secawan milo panas, roti bakar, bijirin coco crunch dan pastinya sebuah laptop.
Hehe.
Ketika asyik menyemak email-email yang masuk, tiba-tiba Laila teringat
semula ketika pertama kali Laila menaip “How to make a blog?” Memang motif
utama ketika itu semata-mata nak cari tempat melepas perasaan. Lagipun Laila
suka menulis, jadi sambil menyelam minum airlah. Tapi setakat itu sahajakah
fungsi blog ini? Jadi hari ini Laila nak kongsikan satu ebook percuma yang Laila rasa mungkin dapat membantu ramai
kawan-kawan di luar sana untuk menjadikan blog sebagai satu aset penting bagi
anda.
Laila tak nafikan jika kita kurang terdedah dengan dunia
maya seperti blog ini, memang agak sukar untuk memulakannya. Tambahan pula
ketika itu fenomena blog ini belum cukup popular di kalangan masyarakat berbanding
tagged, facebook ataupun friendster pada
ketika itu. Maklumat yang ada juga agak terhad. Tetapi jika hendak
dibandinngkan dengan realiti hari ini, ia bukan satu laman asing tambahan ianya
percuma. Hak di tangan anda. Terpulang kepada anda apakah konsep dan topik yang
anda inginkan selagi tidak menyalahi undang-undang.
Membuang masa? Kepada sesiapa yang pernah terfikir soalan
ini, buang ia sejauh mungkin. Ramai yang belum sedar bagaimana blog mampu menjana
pendapatan yang menarik. Walaupun hanya suka-suka, lebih bajik jika dalam masa
yang sama ada duit poket yang masuk bukan? Dan pada yang serius, mungkin ebook 5 quick ways to monetize your blog ini medan terbaik untuk anda memulakan perniagaan terutama bisnes secara
online.
Sebenarnya, cepat atau lambat wang yang dapat
anda jana dari blog ini bukan bergantung kepada berapa banyak wang yang telah
anda laburkan, atau berapa lama masa yang anda perlukan untuk menyiapkan blog
anda. Tapi bergantung kepada teknik dan cara anda menggunakan peluang yang ada.
Jika anda masih belum dapat apa yang anda harapkan, mungkin ebook ini mampu
membantu. Dan memang ia sangat membantu.
Kenapa Laila yakin? Sebab Laila dah
baca dan gunakan sendiri. Laila sentiasa tertanya-tanya bagaimana hanya melalui
blog ramai orang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Tetapi lepas membaca
ebook ini cukup membantu Laila mencari jalan yang lebih mudah memaksimakan
kelebihan blog ini. Dan semenjak itu Laila menjadi mengikut setia setiap ebook
yang dihasilkan oleh conankei ini.
Laila tak bermaksud untuk mempromosikan produk ini. Tetapi hanya berkongsi
sesuatu yang Laila rasakan dapat membantu ramai orang. Dan percaya atau tidak,
produk ini PERCUMA. Tiada sebarang cas tersembunyi yang dikenakan. Jadi tiada
salahnya anda meluangkan sedikit masa untuk membacanya. Atau mungkin anda juga
boleh kongsikan produk ini kepada kawan-kawan anda yang anda sayang. Walaupun dalm bentuk bahasa inggeris, tetapi masih mudah difahami menjadikannya sesuai untuk setiap golongan. Apa tunggu lagi, dapatkan satu salinan untuk panduan anda juga. jom, sama-sama kita jana pendapatan dari blog kita sendiri.
adik saya sendiri buat duit dari blog dgn banyak.. bagga dgn dia.. sbb tu semangat nak blogging semakin berkobar2.. hehe
ReplyDelete[link blog saya kat sini]
thnk for the comment,, itulah,,, ramai yang xtaw teknik sebenar n bebefit dr blog ni,,, so sama2 kita share,,, keep follow me k,,
Deletehaa . tak paham ! -.-"
ReplyDeletedownload je,,, pas2 baca,,, nt paham ler,,, ko just share sudah la,,, budak kecik xbaik pegg duit bnyak2,,,
Delete