About Me

My photo
Aku bukan doktor cinta, apa lagi dewa cinta, tapi aku srikandi cinta yang memburu menjadi alunan dalam indahya zikir cinta

Thursday, November 22

Kisah Hati


Hola-hola semua. Pernah tak kita terfikir untuk bertanyakan khabar kepada sesuatu. Sesuatu di mana lahirnya rasa sayang,, rasa cinta,, kecewa,, duka dan segalanya. Di situlah hati,,, Cuba lakukan sekali,, letakkan tangan anda di dada,, dan tanyakan,, apa khabar wahai hati.. :)

Hari ini Laila nak kongsikan monolog sekeping hati yang kadang-kala kita tak pernah ambil peduli. Mungkin kerana ia tak mampu berkata-kata. Tapi tanpa kita sedar suara hatilah yang selalu kita dengar dalam kehidupan ini. Bersendikan warasnya akal fikiran,, di sinilah tempat kita berdiri semalam,, hari ini,, dan seterusnya. Jom,, hayati,, dan fikirkan sejenak..

Hati, nah, ambil la benda ni.
 Apa ni?

Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?

Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
 Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.

Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah jika diberi kepada orang yang istimewa. 
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu?
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!


No comments:

Post a Comment