About Me

My photo
Aku bukan doktor cinta, apa lagi dewa cinta, tapi aku srikandi cinta yang memburu menjadi alunan dalam indahya zikir cinta

Wednesday, July 31

OLD TOWN WHITE COFFEE cawangan 1 UTAMA, kenagan buruk untuk puasa anda.

Hai dan  salam ramadhan semua

Old Town White Coffee cawangan 1 Utama Shopping Center. Kali pertama dan tak mungkin untuk kali kedua.Yup. Hari ni LK nak story2 pasal old town. Nak dijadikann cerita, hari ni LK ditemani seorang kawan berbangsa cina pergi ke 1 Utama dan memilih untuk berbuka di Old Town White Coffee di sini. Pelik juga sebab tempat lain dah penuh tapi masih banyak tempat kosong di sini. Mungkin Memandangkan masa berbuka dah hampir, kami terus mengambil tempat dan membuat pesanan.

Seorang pelayan wanita lingkungan 20-an  mengambil pesanan. tiada pen atau kertas. Hafal je. Boleh tahan cekap. Sebelum berlalu wanita tadi bertanya adakah kami melayu atupun cina kerana ingin mendahulukan pesanan orang melayu lain yang ingin berbuka katanya. Lantas rakan saya menjawab lembut, 'meja ini perlu berbuka' bagi mewakili saya yang ingin berbuka puasa.

Tidak wujud sebarang rasa tidak puas hati, walaupun bertujuan untuk menemani LK berbuka tapi sanggup memberi laluan kepada rakan muslim lain yang ingin berbuka. Timbul rasa kagum kerana kedai ini mendahulukan orang yang berpuasa. 

Tunggu punya tunggu sampailah LK pun hampir habis makan, pesanan rakan LK masih belum sampai sedangkann keadaan kedai sudah tidak sibuk. Sehinggalah pelayan tadi tersalah menghantar pesanan tambahan meja lain ke meja kami dan kami bertanya tentang pesanan sebentar tadi. Nah, seperti yang dijangka. pelayan tersebut telah 'melupakan' pesanan kami dan dengan selamba berlalu membuat pesanan di kaunter dengan menghadiahkan 'satu jelingan' kepada rakan saya. Bukan kami ke yang sepatutnya marah?? 

Lebih kurang 15 minit makanan sampai. Tanpa sebarang maaf dan sekali lagi kami dihadiahkan dengan muka masam mencuka dari pelayan tersebut. Ketika makan, terlihat pelayan-pelayan di situ bercakap sesama mereka dengan melihat ke arah kami. What? Kami pun belum sempat marah you all,, x sempat-sempat nak mengumpat ke? 

X mahu menunggu lama, LK ke kaunter untuk membuat bayaran. Sekali lagi. Satu jelingan + muka masam tahap limau purut dihadiahkan oleh juruwang bertudung berbadan agak gempal di sana pula. Dengan nada kasar dan seolah-olah dipaksa memberi sedekah kepada seorang pengemis, juruwang tersebut memberi baki wang LK ketika itu. Haishhh.. Nasibla bulan puasa. Ikutkan hati dan kalau LK tak hormat kepada pelanggan lain di situ, dah lama kena tazkirah dia ni. :)

Persoalannya, bagaimana sebuah restoran terkenal mempunyai pekerja pekerja yang tidak mempunyai etika sebagai seorang yang berada di barisab hadapan perkhidmatan pelanggan. DEnagn makanan yang tak seperti diharapkan dan layanan tahap '0' class begini, mungkin Old Town White Coffee dalam bahaya jika semua pelayan mereka  begini. Jika begini layanan diberikan, patutkah kita menyalahkan bangsa dan agama lain jika mereka tidak menghormati bangsa melayu. LK seorang melayu dan LK tak mahu kerana seorang dua bangsa melayu yang bersikap buruk akan mencalarkan imej bangsa melayu yang lain.

p/s: kepada follower lailakarmila.com, hanya makluman sekarang masih 'under maintenance'. Laikarmila.com akan kembali dengan sesuatu yang lebih menarik. Tq

Monday, January 7

Jejaka Idaman Malaya???

Hola-hola semua,

Maaf sangat-sangat sebab Laila dah lama tak update apa-apa entri. Sebenarnya Laila agak sibuk untuk projek terbaru Laila. Hope this gonna be miracle joinventure project. Kepada kawan-kawan Laila di luar sana, pastikan anda sentiasa follow Laila.

Ok, hari ini Laila nak kongsikan ciri-ciri lelaki terhangat di pasaran. Hehe. Cuma nak berkongsi. Kepada si cantik manis yang da berteman, sila periksa adakah pasangan anda tergolong dalam golongan ini. Atau pun kepada yang belum berpunya, mungkin ini dapat memberi anda tip mencari pasangan yang boleh membuat anda bahagia kan. Oh ya,, bagi sang jejaka tak kira dah berteman atau belum, tak salah untuk sentiasa memperbaiki diri. Siapa tahu anda adalah Mr jejaka idaman malaya. Jom zoom ke bawah...