About Me

My photo
Aku bukan doktor cinta, apa lagi dewa cinta, tapi aku srikandi cinta yang memburu menjadi alunan dalam indahya zikir cinta

Sunday, October 28

Fitrah Kesabaran

Sabda Baginda maksudnya:
“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”


(Surah Az-Zumar: 10)
Kesabaran,,,

Tiba2 bagun dr tidur hari ni ak trfkir pasal hal ni,,,
Memg,,, sabar itu suatu yang cukup abstrak untuk dipraktikkan,,, Ckup susah untuk menuntut apa itu kesabaran. Lebih-lebih lagi untuk bersabar dengan insan yang telah kita serahkan hati untuk sehidup semati. Mungkin kerana sabar inilah kenapa ada isteri yang sanggup dipukul demi menjaga rumah tangga, suami yang sanggup dihina kerana kekurangan yang ada pada isteri, kekasih yang sanggup menjadi tulang belakang ketika jatuh bangunnya si dia, menunggu sehingga pintu hati terbuka, dan mungkin sabar untuk satu penantian yang tiada noktah. Pelik kan..

Tapi ini soal hati,,, jatuh cinta bukan semudah makan pisang,,, walau sebenarY dalam pisang itu ada biji tapi seakan tak terasa pun,,, Dah habis makan kita buang je kulit tu,,, Tak ckup ambil lagi coz pisang 2 MURAH..


Tapi hakikatnya cinta tak semurah itu,,, terlalu banyak halangan yg kita perlu tempuhi,,, Dan bila smpai saat perpisahan itu terjadi,,, sakitnya hanya Tuhan yang tahu,,, Apatah lagi jika perpisahan 2 datang kerana orang ketiga pula,,, speachless,,, people in that same shoes pasti tahu macam mana rasa sakit itu,,, 
Tetapi saat2 inilah kesabaran itu dituntut,,, Kesabaran kita untuk terima segala ketentuan dengan ikhlas,,, kesabaran untuk kita tahan kemarahan atas apa yang dia sanggup lakukan,,, kesabaran untuk cuba menyelesaikan masalah,, Dan mungkin kesabaran untuk terus menunggu,,, SesungguhY sabar itu luas dan sukar untuk diterjemahkan dalam kata2,,, 
 
Namun segala2nya berbaliklah pada sang Pencipta,,, Mungkin kita boleh cuba melakukan istikharah dengan hati yang ikhlas,,Insyaallah Allah akn memberikan jawapan untuk apa yang terbaik buat kita,,, Kita ada hak untuk mmilih sama ada trus menunggu seseorang andai dia memang tertulis untuk kita,,, Pernah ak terbaca spotong ayat yg ak x pasti sumberY,,, tp slalu dsebt dlm khdupan seharian,,,

Bila Allah memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tak memakbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pd Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA…Sesungguhnya Allah takkan memberikan ujian kepada hamba2 di luar kmampuan yang seseorang itu ada,,, kemana pun kita lari,,, takkan pernah sekali kita dapat lari dari masalah,,, Rasulullah SAW sendri pernah yang bermaksud :  

“Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

 
Amin,,, Semoga Allah memberikan kita kekuatan utk mencari jalan keluar dari ujian ini,,, Mungkin jika hari ini si dia belum terbuka hati untuk menghargai kita,, berdoalah semoga esok itu ada. Ya allah,,, Andai dia memag telah kau tuliskan sebagai imamku di jalan kebenaranmu,,, berikan aku kekuatan untuk terus sabar menantinya dan teguhkanlah kasihku padanya,,,Tapi andai memg dia bukan insan terbaik untukku,,, jauhkan dan berikanlah kekuatan untuk aku melupakan,,






2 comments:

  1. Replies
    1. laila always strong,,, asalkan jgn jdi sotong dah la,,, hahaha,,,

      Delete